Resepi Bakso Jawa Power

Resepi Bakso JawaSalam mari kita cuba try masak Bakso Jawa pula. Resepinya mudah dan tidak rumit. Kepada penggenar Bakso boleh lah cuba masakan ini. Kuahnya diperbuat daripada tulang lembu. Itu yang buat sop balso nya sedap. Kena pulak dengan chili padi dan kicap manis, mesti berpeluh kita hirup kuah bakso ini. 

Di Jawa, kuah Bakso boleh ditaburkan dengan taugeh, hirisan kobis dan bawang goreng. Kalau nak sedap lagi, campakan tetel apabila anda merebus tulang nanti. Orang kata, lagi "power" rasanya Bakso nanti. Buang dan tapis minyak rebusan supaya tidak terlalu banyak minyak di kuah bakso.

Resepi Kredit Lubuk Resepi Viral.

Bahan-bahan:

  • (kuah untuk 10 orang atau lebih) 
  • 7-8 ketul tulang Lembu direbus sampai empuk 
  • Air rebusan secukupnya 
  • Minyak secukupnya 
  • Berbola Daging 
  • Kiub Daging 
  • Lada putih secukupnya 
Tumis bahan-bahan blend: 
  • 2 biji Bawang besar* 
  • 4 ulas Bawang putih* 
  • Halia sebesar ibu jari*

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis sampai naik bau wangi dan pecah minyak. 
  2. Masukkan tulang direbus tadi dan masak hingga mendidih, letak perasa garam, kiub daging sedikit secukup rasa, lada putih dan masukkan bebola daging. 
  3. Hidangkan dengan bawang goreng, potongan daun bawang dan daun sop. 
  4. Cili: segenggam cili api merah n 2/3 ulas bwg putih, rebus sampai layu. Buang air rebusan dan blend dengan sedikit air biasa. tidak perlu letak garam gula sebab kuah sudhh sedap masin cukup rasa.
  5. Sos cili cari yg sedap seperti kicap cap ENAQ.  
  6. Daun sup/daun bawang sayur kobis hiris mee kuning atau suun, bihun pun boleh.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments