Resepi Berbola Daging Homemade untuk DiFrozen

Resepi Berbola Daging Homemade 
Nak buat Berbola daging untuk Bakso ataupun Sos Pasta? Mari kita cuba resepi Berbola Daging Homemade. Kadang-kadang tu teringin juga nak cuba buat berbola ini sendiri. Pauskan sendiri masakan kita ini untuk berbuka puasa nanti. Bahannya tidaklah rumit yang kita jangkakan. Kalau beli dipasar tu, berbolanya sudah siap, tetapi ada juga orang kata tepungnya terlebih ataupun kurang power. Apa kata kita cuba buat sendiri. 

Kalau di seberang tambak, Indonesia, memang popular berbola daging ini dibuat sebagai santapan harian. Ada penjual yang menjualnya dengan kuah Bakso, ada juga jualnya dengan cara bolanya dikukus dan dihidang dengan sos chili. Di Singapura pula, Bakso yang sedap memang sudah menjadi bualan semasa. Kebanyakan Bakso yang dijual kadang-kadang susah nak kita dapat yang "power" asli rasanya bola dagingnya. Susah nak dapatkan berbola homemade. Ia kerana masa yang harus kita lakukan.  Mari kita mualakan membuat Berbola Daging Homemade. 

Resepi Kredit Sedapnya Resepi.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 400g daging 
  • 2 biji bawang putih 
  • 2 biji bawang merah 
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji gred A) 
  • 1 sudu besar tepung ubi/jagung 
  • Sedikit serbuk lada hitam 
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan daging ke dalam food processor, kalau tak dak mesin, boleh cincang sampai halus. 
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Kisar sampai halus. 
  3. Gaul dan mesrakan semua bahan-bahan. 
  4. Bentukkan bulat mengikut saiz yang kita suka. 
  5. Rebus bebola dalam air mendidih sampai masak. Kalau bebola terapung tanda dah masak. 
  6. Nak buat frozen pun boleh. Buat banyak-banyak. Rebus. Tunggu sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments