Resepi Kuah Pecal Jawa

Resepi Kuah Pecal Jawa Sedang mencari Resepi Kuah Pecal Jawa Kacang? Ada berbagai resepi dan cara membuat kuah Jawa ini. Sedap kalau dimakan dengan sayur. Memang membuka selera. Ada juga yang dijual di pasar. Hanya dengan campurkan air suam saja. 

Hari ini kita akan hidangkan Kuah special iaitu Kuah Pecal. Kaya dengan kacang goreng yang membuat kuah ini harum dan segar. Anda bolah juga ada pilihan untuk hidangkan Pecal ini dengan sayuran mentah seperti kacang panjang dan taugeh. Tuhu pula digoreng dahulu lalu dipotong kecil ikut hidangan. Yuk kit mulakan kuah berikut. 

Resepi Kredit Rahmah Hasim.

Bahan-bahan:

Bahan A: (digoreng dengan minyak) 
  • 500 g kacang tanah 
  • 7 biji bawang merah 
  • 10 tangkai cili kering 
  • 2 inci belacan 
 Bahan B:
  • Air suam 
  • Asam jawa 
  • Garam 
  • Gula 
  • Monosodium glutamate
Sayuran dan tauhu:
  • Kang-kong direbus seketika
  • Pucuk Ubi direbus seketika
  • Taugeh
  • Jantung Pisang direbus seketika
  • Pucuk Paku dicelur dan dipotong kecil
  • Kacang panjang direbus
  • Tahu digoreng

Cara-caranya:

  1. Bahan A dikisar bersamaan bahan B.
  2. Satukan semuanya. Rasa. Ketepikan.
  3. Siapkan sayuran yang direbus seperti Kangkung, pucuk ubi, tauge, jantung pisang, pucuk paku dan kacang panjang dicelur dan dipotong kecil. 
  4. Tambahan tauhu goreng.
  5. Susun sayur dan tauhu dipinggan dan tuangkan Kuah Pecal Jawa.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments