Resepi Roti Canai Homemade

Resepi Roti Canai Homemade Resepi Roti Canai Homemade 
Apabila roti canai kita buat sendiri, lagi puaslah kita menikmatinya. Kepada ibu-ibu yang mempunyai masa, inilah waktunya untuk cuba resepi Roti Canai Homemade. Resepi ini ditambahkan susu supaya rasanya lemak dan gareng apabila sudah siap dimasak. Cara membuatnya ada bermacam cara dan berlainan resepinya. Ada yang tambahkan air soda, ada juga yang tambahkan air kacang soya dan sebagainya. Resepi berikut amat mudah untuk diikuti. 

Untuk cara menebar roti canai, tebarlah roti diruang meja yang bersih dan mudah untuk dilap nanti. Cara tebarnya roti canai pula mempunyai "skill" tersendiri dan rentak masing-masing. Kalau sesiapa yang tidak pandai menebar tu, orang kata cuba dulu dengan kain lap yang bersih diatas meja. Serupa betul ke agaknya? Terus terang saya pun pernah cuba belajar menebar, tak pass pulak. Saya sendiri tak pandai tebar seperti kita nampak dikedai yang menjual roti ini. Silap tak silap, nak senang, order aja roti prata di kedai mamak. Habis cerita. 
 
Resepi Kredit Sedapnya Resepi.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum (cap ros) 
  • 1biji telur 
  • 2 sudu majerin 
  • 1 sudu kecil garam (larutkan dalam air) 
  • 1/2 cawan air sejuk peti ais 
  • 2 sudu susu pekat
  • Minyak sedikit

Cara-caranya:

  1. Sediakan basin bersih. Masukkan tepung, majerin dan susu dan jadikan serbuk roti.
  2. Masukan air garam dan pecahkan telur.
  3. Mula uli dan masukan air sejuk sikit-sikit sampai doh tak melekat di tangan anda. 
  4. Bulatkan doh dan rendam dengan sedikit minyak (2 jam atau lebih) 
  5. Canaikan seperti dalam gambar diatas.
  6. Sedia untuk ditebar dan dipanggang ataupun digoreng.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments