
Kalau nak buat prata sendiri memang lah nak kena adakan waktu ya. Sekarang banyak ada prata ataupun roti canai "instant". Terdapat di kedai supermarket. Ada juga siap jual adungan tepung yang dikotak. Ia diprocess di factory tujuaan untuk memudahkan penjualan gerai yang menjual roti. Tetepi ini selalunya berada dikedai yang menjual pata. Hanya perlu ditenar rotinya.
Resepi Kredit Resepi Mama.
🖨️Print
Bahan-bahan:
- 1kg Tepung Gandum
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- Air suam
- 2 sudu besar Planta
- 3 sudu besar Minyak masak
- 1 biji kuning Telur sahaja
Cara-caranya:
- Larutkan garam, gula bersama air suam. Ketepikan.
- Gaulkan tepung gandum, planta, kuning telur dan minyak masak sehingga mesra.
- Masukkan air larutan tadi sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung.
- Mula uli sampai doh tidak melekat di tangan (Jika lembik tambahkan tepung lagi. Jika ia keras renjis kan air dan uli semula.
- Apabila siap diuli, biarkan adunan dalam 10-15 minit.
- Kemudian sapukan sedikit panta ketangan anda, buatkan doh bulat-bulat seperti saiz tomato.
- Pastikan doh "diPlanta" sedikit. Letakkan doh kedalam basin yang disapu rata panta sedikit. Teruskan sampai selasai.
- Apabila semua adunan habis, tutup dan biarkan doh dibasin semalaman.
- Tebar doh prata/canai pada keesokan hari.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!