
Sedap Kuah Kacang Daging kalau hidangkannya di Hari Raya. Resepi Sambal Kuah Kacang Daging ini bolah dikatakan mudah dan ringkas untuk disiapkan. Nanti bole dihidangkan dengan nasi impit dan hidangan satay. Sedap betul rasanya. Mari yuk kita mulakan masakan ini.

Kuah Kacang Daging yang wajib kita cuba. Tetamu mesti selera apabila dapat merasa hidangan ini di Hari Raya nanti. Rasanya penuh berkacang dan berdaging.

Apabila menggoreng, kacang tidak perlu dibuang kulit. Kacang harus digoreng dengan api yang sederhana sehingga sedikit warna keperangan. Hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan rasa pahit. Kepahitan itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang sedap.

Antara bahan-bahan yang mudah kita perlukan. Bawang, halia, lengkuas, serai, udang kering, gila Melaka, kacang tanah, gula dan sebagainya. Sila rujuk ataupun print resepi, lihat kepada bahan yang dibawah.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam minyak panas dan kacau sementara masukkan cili kisar nanti..

Panaskan minyak di kuali dengan anggaran 3 senduk besar. Masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Teruskan menumis sehingga garing, cili masak pecah minyak.

Tunggu sehingga garing dan masukkan daging lembu rebus berserta air rebusan. Kacau sehingga mesra. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak kuah sehingga mendidih.

Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa.

Kacau sehingga mesra.

Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.
Hidangan ini siap untuk dimakan dengan nasi impit ataupun lontong Adabi yang segera untuk dimasak. Memang lazat rasanya terutama untuk hidangan di Hari Raya nanti. Baik untuk penuhkan lauk-pauk khas buat tetamu yang akan menjamu selera. Selamat mencuba.
Resepi Kredit Asrinna Bakri.
🖨️Print
Bahan-bahan:
- ½ kg kacang tanah
- ½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)
- 1 cawan cili kisar
- 2 sudu kicap manis (optional)
- Air asam jawa
- Gula melaka
- Gula putih
Cara-caranya:
- Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
- Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
- Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
- Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!