Resepi Sambal Sotong Kacang Facebook

Resepi Sambal Sotong Kacang 
Sedang mancari Resipi Sambal Sotong Kacang? Hidangan ini sangat popular dikalangan masyarakat Melayu. Masakan kampung dan hidangan kenduri juda termasuk menu hidangan. Sotong kembang yang siap dibeli tidaklah menjadi pilihan pemasak. Ia juga boleh digunakan jika tidak cerewet. Kepada yang ingin meresakan sotong sambal kacang yang lagi sedap, mereka akan memilih sotong kering, lalu direndam terlebih dahulu. Rasanya lagi sedap dan berbeza. 

Resepi kali ini telah dicungkil daripada lelaman Facebook. Memang banyak resepi seperti ini. Tetapi bezanya adalah cara menyiapkannya. Orang kata, kalau tidak pandai memasak lauk ini, kadang-kadang sotongnya akan merasa hamis ataupuan keras seperti getah apabila dikunyah. Masakan sotong berkacang selalunya sedap apabila sotongnya dapat "disiat" ketika dimakan, apatah lagi kalau dicampur dengan kuah Rawon ataupun Nasi Sambal Goreng. Lazatnya tidak terkira. Mari kita mulakan.

Resepi Kredit Resepi Masakan.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 3 ekor Sotong kembang  
  • 25 biji cili kering* 
  • 2 ulas Bawang putih* 
  • 2 biji Bawang besar* 
  • 8 ulas Bawang merah* 
  • 1 batang Serai diketuk 
  • 1 sudu Gula  
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa 
  • 2 sudu besar Air asam jawa  
  • 3/4 cawan Kacang tumbuk 
  • 1/2 cawan Air 
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  1. Petua: Sotong dibersihkan (Jangan dipotong dahulu). Masukkan sotong kedalam kuali tanpa air dan lalu direbus dengan api perlahan. Biarkan sotong mengeluarkan airnya sendiri sampai agak kering. Selepas air sotong dah kering baru boleh dipotong kepada saiz yang anda suka, sebab nanti bila rebus sotong ini akan mengecil.*( langkah ini adalah bertujuan untuk membuang kandungan air yg terdapat pada sotong-sotong tadi dan langkah ini juga akan melembutkan isi sotong jenis ini. Kalau tidak buat seperti ini, masakan/isi sotong dari jenis ini akan menjadi liat/keras dan kuah sambal anda akan jadi cair).**
  2. Kisar bahan* halus. 
  3. Cara masak: Panaskan kuali dan panaskan minyak. Masukkan bahan* kisaran tadi. Kacau sampai pecah minyak dan cilinya masak. 
  4. Masukkan serai, gula, garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Masukkan 1/2 cawan air. Kacau lama hingga mendidih dan masukkan sotong. Kacau sehingga didih. 
  5. Bila ia agak mula kering airnya, masukkan kacang tumbuk. Kacau lagi.dan bila kacang sudah mulai kembang, rasailah. 
  6. Apa yang kurang ditambahi. Apabila sudah pekat dan bersalut cantik, matikan api. Hidangkan dengan Rawon ataupun Sambal Goreng.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments