
Resepi Soto berikut juga disenaraikan resepi cara mambuat nasi himpit. Jadi best lah ya kalau dapat buat semua itu. Apabila sudah siap, nanti rasa macam puas hati. Apa taknya? Semua dari permulaan. Tiada "shor-cut".
Resepi Kredit Mak Siti.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong beberapa bahagian)
- Bawang besar 3 biji (dikisar)
- Bawang putih 1 labu (dikisar)
- Halia sebesar 2 jari (dikisar)
- 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, biji pelaga, bunga lawang)
- Serbuk Rempah Sup Soto
- Garam
- Gula
- Aji
- Kiub Ayam Knor
- Lada sulah/hitam
- Nasi Impit
- Kacang tanah digoreng
- Bawang goreng
- Daun sup dipotong
- Soo Hoon direbus atau digoreng kering sampai lembut
- Sambal kicap pedas
Cara-caranya:
- Panaskn air didalam periok secukupnya hingga mengelegak. Masukkan potongan ayam.
- Panaskn kuali dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelage hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar. Masukkan serbuk rempah soto. Tumis hingga naik minyak dan masukkan kedalam sup.
- Perasakn denagn kuib ayam, garam, lada sulah/lada hitam, pakai aji dan sedikit gula. Biar ayam direbus sehingga empok dan angkat sejukkan.
- Asingkan isi ayam dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan semula kedalam sup.
- Bahagian 1:
- Rebus nasi himpit ready made yang boleh anda dapati di pasaraya-pasaraya atau kedai berhampiran. Tunggu sehingga 1/2 ke 1 jam sebelum nasi himpit boleh ditos dan disejukkan pada suhu bilik.
- Bahagian 2: Cara Penyediaan Kuah Kicap Kisar atau tumbuk cili api dan bawang putih beberapa ulas. Kuantiti cili api tu bergantung sepedas mana yang anda mahukan. Tambahkan sedikit gula dan kicap. Anda tidak perlu tambahkan gula sekiranya anda menggunakan kicap manis.
- Bahagian 3: Goreng Kacang Tanah & Soo Hoon.
- Bahagian 4: Carik Ayam yang telah dimasak bersama sup soto tadi diasingkan dan dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dicarik.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!