Resepi Telur Lemak Cendawan

Resepi Telur Lemak Cendawan 
Mari kita hidangkan mudah ini untuk kanak-kanak. Resepi Telur Lamak Cendawan. Masakannya mudah dan sedap. Terpulanglah kalau telur tu suka yang masak sepenuhnya atau setengah masak. Telur mempinyai kandungan protein yang tinggi dan senang untuk mendapatkannya. 
 
Hidangan ini sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Kanak-kanak pula mudah menerimanya. Nah, kalau yang cerewet nak makan tu, cuba masak hidangan telut ini. Jangan lah bikin pedas ya. Selamat memasak. 

Resepi Kredit Tengku Azwa.

Bahan-bahan 1:

  • 3 ulas Bawag putih*
  • 5 ulas Bawag merah dipotong*
  • 1-2 inci Lengkuas dihiris*
  • 1-2 inci Kunyit hidup*
  • 1 biji Tomato dipotong 4
  • 2 Cili besar hijau*
  • 1 Cili besar merah* (atau cili padi jika nak tambah pedas)

Bahan-bahan 2:

  • Telur Ayam/Itik 
  • Cendawan atau Sayur pilihan
  • 1 sudu besar Cili kisar*
  • 1sudu kecil Serbuk kari Babas* (optional) 
  • 1 Asam keping*
  • 200 ml 1 Kotak Santan Kara*
  • Air 2 kotak ikut kotak Santan*
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Cara-caranya:

  1. Kisar bahan* hingga agak hampir lumat dan ketepikan.
  2. Siapkan kuali dan hidupkan api.
  3. Seterusnya, masukkan semua bahan* 1 yang telah dikisar diatas, bahan* 2 kedalam kuali, kecuali telur dan cendawan.
  4. Kacau campuran hingga kuah nampak menggelegak. 
  5. Masukan cendawan dan tomato. Teruskan kacau.
  6. Rasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api.
  7. Kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. 
  8. Biarkan kuah menggelegak perlahan ketika ini dan pastikan santan tidak pecah..
  9. Kacau kuah dibahagian tepi dan elakkan telur menjadi pecah. Siramkan kuah keatas telur supaya telur masak dengan keinginan anda.
  10. Matikan api dan hidangkan Telur Lemak Cendawan ini dengan nasi panas.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments