Sambal Tahun Kerang & Pedal Jawa

Sambal Tahun Kerang & Pedal Jawa 
Resepi Tahun Kerang dan Pedal Jawa. Hidangan ini sangat sedap apabila dimakan dengan nasi yang panas. Masakannya mudah dan ringkas. Bahan daging haruslah direbus terlebih dahulu. Kepada yang gemar dengan masakan bersantan dan pedas, inilah jawapannya. Masakan ini sering dihidangankan dalam keluarga orang Jawa. 

Resepi berikut berdasarkan "agak-agak". Masakan Jawa ini diambil daripada Facebook. Kalau yang sudah masak lama tu, boleh lah anda dengan cepat tahu agaknya ya? Kepada yang sudah mencuba resipi berikut, apa kata anda share tips untuk lagi men-Jawa-kan masakan ini. Sealamat mencuba.

Resepi Kredit Lubuk Resepi Viral.

Bahan-bahan:

  • Pedal/Kerang/Kulit/Perut 
  • Bawang putih 
  • Bawang merah 
  • Halia 
  • Lengkuas Mude (kena banyak) 
  • Santan 
  • Cili padi (lg banyak lg sedap) 
  • Garam 
  • Gula 
  • Asam keping

Cara-caranya:

  1. Pedal direbus dahulu. 
  2. Siapkan kuali dan panaskan minyak.
  3. Tumiskan Bawang Putih, Bawang Merah, Halia, Lengkuas dan Cili Padi agak kekuningan. 
  4. Kemudian masukkan Pedal yang direbus tadi. Kacau sampai mesra. 
  5. Seterusnya masukkan santan, garam, gula, asam keping. 
  6. Masak sehingga empuk pedal. Akhir sekali rasa untuk rasa cita anda dan teruskan godak. Elakkan santan daripada pecah minyak, sekiranya kuah itu terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments