
Pernah tak anda dengar atau mencuba pulut lemang kukus? Selain daripada lemang bakar untuk juadah Hari Raya nanti, apakata kita cuba resepi ini. Sedap kalau dicecah dengan laik daging rendang, kari ayam, lauk pauk raya sepeti serumding ataupun sebagai desert yaitu susu dan mangga. Kalau tekak teringin nak makan Lemang pulut tetapi tidak mempunyai bahan bakar, inilah jawapannya. Cantik jadinya apabila dipotong kan?

Apabila sudah selesai dibalut kesemua pulut, teruskan lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit. Biar ia mesra dan wangi bersama daun pisang.

Jangan lupa anda harus biarkan pulut ini betul-betul sejuk terlebih dahulu dan kemudian barulah boleh dibalut dengan daun pisang yang bersih dan dilap. Jangan terlalu banyak isinya dan tidak pula terlalu sikit. Biarkan ia padat untuk dikukus nanti.

Setelah pulut direndam dan siap untuk dimulakan, kukus beras pulut bersamaan santan kelapa, garam secukupnya dan daun pandan.
Rasanya lemak dan lembut lemang kukus ini. Memang kena lah dengan juadah Hari Raya Aidilfitri babti. Nah, kepada yang sukar untuk mencari lemang, boleh lah mencuba hidangan ini. Semoga selamat mencuba.
Resepi Kredit Hairul Hamid.
Bahan-bahan:
- 4 cawan Beras pulut direndam sekurangya 2 jam
- Santan dari 2 biji kelapa
- 1 Daun pandan
- 1 helai Daun pisang dilap bersih
- Garam secukup rasa
Cara-caranya:
- Bilas dan rendam beras pulut sekurangnya 2 jam.
- Kukus beras pulut bersamaan santan, sedikit garam dan daun pandan.
- Kukus sampai masak atau separuh masak pun dibolehkan.
- Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
- Apabila sudah siap balut, boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
- Ikut selera kalau nak cicah dengan rendang, kari, gula, atau susu.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!