Cara Bikin Acar Kuning Timun Wortel

Cara Bikin Acar Kuning Timun Wortel Acar kuning wortel ketimun (Acar Timun Lobak Merah) memang cukup memukau selera sebagai menu makanan pada disiang hari. Hidangan sayur yang sedap dan kaya berempah ini tersedia dengan rasa yang ranggup, segar dan menyihatkan. 

Mari kita ikuti resepi berikut "Acar Kuning Timun Wortel" (Acar Timun Lobak Merah ala Indonesia) dan cara membuatnya.

Resepi Kredit Indo Zone.

Bahan-bahan:

  • 3 buah ketimun (timun) dibuang biji tengahnya dan potong jejari
  • 2 buah wortel (lobak merah) dikupas kultnya dan potong jejari
  • 2 lembar daun salam 
  • 1 batang serai digeprek 
  • 10 buah cabai rawit merah (cili padi merah) 
  • 2 sudu makan air jeruk nipis /cuka 
  • 150 ml air 
  • 1 sudu teh garam halus 
  • 1/2 sudu teh gula pasir 
  • minyak secukupnya untuk menumis 
 Bumbu halus: 
  • 5 buah cabai rawit merah (cili padi merah) 
  • 5 siung bawang merah 
  • 3 siung bawang putih 
  • 3 butir kemiri (buah keras) 
  • 1 ruas jahe (halia) 
  • 1 ruas kunyit

Cara-caranya:

  1. Potong-potong ketimun yang telah dibuang bijinya dan wortel yang telah dikupas. 
  2. Kisar bumbu halus dan tumis hingga naik harum. Masukkan garam dan gula pasir dan masak hingga mesra dan matang. 
  3. Seterusnya, masukkan wortel, ketimun dan cabai rawit merah. Masukkan air dan gaul hingga rata. Teruskan masak campuran sayuran hingga agak empuk. 
  4. Setelah air agak menyusut, masukkan air jeruk nipis atau cuka dan gaul rata. 
  5. Angkat acar kuning wortel ketimun dan sajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!