Cara Masak Asam Pedas Ayam Power

Asam Pedas Ayam Power Resepi Asam Pedas Ayam ditukil daripada lelaman Facebook. Banyak pula yang komen dan mengatakan mereka pernah mencubanya. Memang sedap. Terima kasih kepada yang share resepi dasyat ini. Orang kata, resepi jangan lokek ya? Asam pedas ni sedap dan power juga kalau dicicah saja dengan roti.

Selalunya asam pedas yang popular menggunakan isi ikan. Saya pula sendiri sudah biasakan sangat dengan menggunakan ikan. Ada juga pula menggunakan daging. Ini terpulanglah kepada tekak masing-masing ya. Asam pedas kalau dimasak, bahan yang wajib selalunya adalah daun kesum, bunga kantan dan segelintir lada hitam. Rasanya akan lebih sedap dan lazat sehingga menjilat jari jemari. 

Cubalah resepi ini. Ayam asam pedas. Kepada yang memasaknya, selamat mencuba. 

*Nota: Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan. Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.

Resepi Kredit Asam Pedas Power.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil) 
  • 1 batang serai (dititik) 
  • Daun kesum secukupnya
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5) 
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air) 
  • 3 cawan air 
  • Sedikit lada hitam - tumbuk kasar 
  • Garam secukupnya 
  • Minyak tumisan
Bahan kisar:
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan) 
  • 7 ulas bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit 
  • 1 inci halia 
  • Sebesar saiz ibu jari belacan

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dikuali. Mula tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing. 
  2. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul mesra dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut. 
  3. Seterusnya masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati. 
  4. Tambahkan air secukupnya. 
  5. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. 
  6. Apabila siap, angkat dan dihidangkan asam pedas ayam dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments