Cara masak Asam Pedas Daging Tetel

Asam pedas daging tetel 
Pernah tak mencuba hidangan Asam Pedas Daging Tetel? Cuba bayangkan rasa istimewa  kenyal-kenyal berlemak sedikit. Cicah pulak dengan roti. Fuhh..malas nak cakap. Sementara tetelnya direbus, boleh lah kita menyiapkan bahan-bahan terlebih dahulu. Deging tetel mempunyai urat dan lemak sedikit. Ia membuat rasa nya lebih sedap power dalam masakan. Tetapi, makanlah hanya berpada-pada ya. Kalau selalu makan pulak ia boleh juga memudaratkan. 

Resepi seterusnya dikongsi daripada Facebbok iaitu Puan Zaimah Zakaria. 

Resepi Kredit Zaimah Zakaria.

Bahan-bahan:

  • 1kg Daging tetel 
  • 1 mangkuk air asam jawa 
  • Gula melaka sedikit secukupnya
  • Garam secukupnya 
  • Daun limau purut (buang tulang tengah) 
  • 3 batang serai diketuk
Bahan-bahan dikisar:
  • 20 tangkai cili kering direndam
  • Bawang merah kecik 4 biji 
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci  
  • Lengkuas 1 inci  
  • Kunyit hidup 1 inci  
  • Belacan 1 inci  
  • 1 sudu kecil lada hitam  
  • 1 sudu kecil jintan manis 
  • 1 sudu kecil jintan putih  

Cara-caranya:

  1. Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas.
  2. Kisar bahan-bahan dikisar sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dikuali. Tumis bahan anyg dikisar tadi sehingga garing dan naik minyak.
  4. Masukkan daging tetel. Masak sehingga keluar air daging. 
  5. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut.
  6. Rasakan degan garam dan gula melaka. Masak sehingga daging menjadi empuk. Keluarkan dan buang minyak yang berlebihan dari tetel itu.
  7. Boleh juga kalau hendak direbus daging tetel dahulu. Jangan dibuang air rebusan untuk masukan dalam masakan nanti.
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments