Cara Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri

Cara Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri 
Cara masak asam pedas ada bermacam caranya. Kali ini pula, kita akan menggunakan dengan selera tekak masing-masing. Ikan tenggiri sedap kalau dimasak asam pedas. Sebelum masak, kalau ikannya hanyir, lumurkan asam jawa pada ikan tenggirri yang siap dibersihkan. Lendir pada ikan itu akan lentur dan baunya akan hilang. 
 
Sekiranya kepada yang tidak gemar jikalau ikannya dicampur pada asam pedas, bole juga kalau ikannya digoreng dahulu dan dihidangkan berasingan dengan kuah asam pedas. Jangan pula masak bendi dan tomato terlalu lama nanti sayur jadi lembik dan pecah di dalam kuah.

Resepi Kredit Asam Pedas Power.

Bahan-bahan:

  • 4 keping potongan Ikan Tenggiri 
  • 5-8 biji kacang bendi 
  • 1 biji tomato, dibelah 4 
  • Secekak daun kesum 
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa 
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 4 
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
 Bahan untuk kisar halus: 
  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus atau 1 senduk cili kisar 
  • 6 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 cm halia 
  • 1 batang serai, hiris nipis ambil bahagian lembut 
  • 2 biji buah keras, optional 
  • 1 sudu besar belacan, dibakar 
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-caranya:

  1. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. 
  2. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok. 
  3. Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair. 
  4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan kacang bendi dan kemudian diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat..

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments