Resepi Acar Timun Keropok Serawak

Acar Timun Keropok Serawak Pernah anda merasa makanan hidangan Serawak, iaitu Acar Timun dimakan dengan keropok? Bahannya mudah sahaja. Kalau di semenanjung acar buahan yang popular, di Serawak pula berlainan sedikit cita rasanya. Di Borneo mereka mengutamakan Acar ini dengan keropok, ranggup, masam sedap rasanya. Caranya membuatnya pula amat prihatin dan tidak boleh kalang kabut.

Timun yang telah di rendam nanti di toskan, kemudian diperah menggunakan kain kasar yang bersih. Perahan nanti janganlah terlalu kering kerana nanti ianya akan dijemur lagi. 

Seterusnya timun ditabur keatas talam dan jemur selama 1-2 jam bergantung pada cuaca. (elakkan dijemur terlalu kering) Manakala lobak merah juga di jemur sehingga layu sahaja. Apabila sudah siap semua di jemur barulah akan bermula bahagian tumisan. 

Resepi Kredit Masak Ape Ye?
Photo Kredit Tunis.my

Bahan-bahan:

  • 1kg timun - potong 4-5 tergantung pada saiz timun. (buang bahagian bijian tengah dan dihiris panjang. Rendam dengan garam dan air ais- Jangan dihiris terlalu nipis) 
  • 2 batang lobak merah - potong nipis dan hiris panjang 
Bahan kisar:
  • 7 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci halia 
  • 1 sdm udang kering - rendam dulu 
  • 2 biji buah keras 
Bahan (A) 
  • 1-2 sdm cili giling 
  • 1/3 sdt serbuk kunyit 
  •  Minyak tumis secukupnya 
Bahan (B) 
  • Garam secukupnya 
  • Gula pasir dan gula merah secukupnya
  • Cuka anggaran 1 sudu makan - tergantung pada cuka 
  • 1 sdm cili sos 
  • 1 biji cili merah - hiris halus (kalau suka) 
Bahan (C) 
  • Sedikit bijan - sangai kuning

Cara-caranya:

  1. Mula menumis bahan A sehingga garing dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga masak dan pecah minyak. 
  2. Kecilkan api dan masukkan bahan B, kacau sebati dan rasakan secukupnya. (Lebihkan manis dan ada rasa masam sedikit) 
  3. Masukkan timun dan lobak merah. Kacau hingga mesra dan biarkan ianya masak dan pekat. (jika terlalu pekat tambah air sedikit) 
  4. Rasakan lagi manisnya. Kalau agak kurang manis, tambah lagi gula merah sehingga cukup rasa dan matikan api. 
  5. Masukkan bahan C dan kacau sebati.
  6. Hidangangkan dengan Keropok kesukaan anda.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous11:24

    Sarawak sist. Bukan serawak.

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!