50 Resepi Masakan Ayam Mudah | Ringkas | Kering | Berkuah

Koleksi Resepi Masakan Ayam yang mudah seperti ayam yang di goreng, masakan ringkas, hidangan yang berkuah, ayam panggang BBQ, resepi yang sedap dan popular.

Kepada penggemar masakan ayam seperti saya, pasti ada kala masanya anda akan mencari masakan yang ringkas dan sedap. Resepi ayam pilihan disini boleh dikatakan sesuai untuk kepada mereka yang mula berjinak-jinak ke dapur, ataupun juga kepada mereka yang sedang mencari idea untuk santapan kemudian nanti.

Tak kira lah bila masa dan hari waktu, seperti masakan untuk di Hari Raya, Bulan puasa untuk hari keramaian kenduri dan hari-hari yang lain. Mari kita lihat resepi yang dibawah ini.

1) Ayam Madu BBQ

Resepi Ayam Madu X-Tra Mudah

Resepi Ayam madu ini sangat mudah dan ringkas untuk sesiapa yang inginkan ayam BBQ ataupun boleh juga digoreng. Kalau nak cepat dan ringkas, anda bolehlah siapkan hidangan seperti ayam madu ini. Ia sesuai untuk seperti di hari keramaian bersama keluarga di chalet, ataupun BBQ ditepi pantai bersama kawan-kawan anda.

Senang aja, campak aja kepak dalam bekas mangkuk tu, marinate beberapa jam sebelum mula bbq, lepastu panggang atas bara arang. Sedap juga kalau diperahkan limau nipis dan cecah dengan chiili limau.

Resepi boleh didapatkan disini.


2) Popcorn Chicken

Popcorn Chicken

Lagi satu makanan yang mudah ialah hidangan Ayam Popcorn. Rasanya crispy diluar dan juicy di bahagian dalam. Hidangan ringkas ini sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Boleh juga dihidangkan bersama pasta kesukaan kanak-kanak. Resepinya pun tidak sukar dan ringkas.

Resepi boleh didapatkan disini.


3) Ayam Pandan Thai



Ayam Pandan ala Thai adalah boleh dikatakan hidangan ringkas dan kegemaran ramai. Dengan bau hidangan ayamnya yang harum, isinya yang sangat lazat dan berperisa tentu akan membuka selara anda.

Setelah dibalut dengan dau pandan, isinya dikukus dahulu dan kemudiannya digoreng. Masakan mudah ini sesuai untuk hidangan ringan bersama keluarga.

Resepinya boleh didapatkan disini. Kokiku TV.


4) Ayam Percik

Resepi Ayam Percik Mudah

Hidangan Ayam Percik sering kita jumpa di Bazaar pasar malam ketika bulan puasa. Ia popular kerana isi ayamnya yang telah diperap dan dibasahi lagi dengan rempah berkuah ketika ayamnya dipanggang. Tidak hairanlah kalau kita harus beratur untuk mendapatkan ayam kesukaan ramai ini. Hidangan ini sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan special untuk penggemar bbq.

Resepinya boleh didapatkan disini.


5) Ayam Goreng ala Korea


Hidangan ini sesuai dimakan dengan Nasi dan sop. Bunyinya macam susah nak masak, tetapi sebenarnya masakannya tidak sukar dan mudah. Untuk mereka yang inginkan masakan berperisa ala Korea ni, sudilah mencuba masakan ini. Sangat sedap tau.

Resepinya boleh didapati disini.



6) Ayam Masak Merah



Hidangan Ayam Masak Merah sangantlah popular di kalangan masyarakat Melayu mahupun di Malaysia ataupun di Singapura. Rasanya sedap dengan rempah chiili dan tomatonya yang berkuah pekat. Untuk resepinya pula, ada kala ianya berbeza dan cara, terpulang kepada pengaruh tempat dan rujukan. Walau bagaimanapun, masakannya tetaplah serupa kerana ia tidak lepas daripada menggunakan chilli dan tomato. Hidangan ini sesuai untuk berbagai selera; iaitu daripada hidangan kenduri di rumah, hidanagn perkawinan, di Hari Raya dan juga untuk hari-hari biasa.

Resepinya boleh didapatkan disini.


7) Sop Ayam Segar



Untuk sesiapa yang tidak sedap badan tu, baru baik demam, baru bersalin, ataupun yang semalaman berjoli kepala pusing sampai kat lantai tu, boleh lah cuba masakan Sop Ayam ni yer. Ia bukan saja menyeggarkan, tetapi juga enak dan mudah untuk dimasak.

Resepinya boleh didapatkan disini.


8) Ayam Sweet & Sour

Ayam Sweet & Sour

Kalau anda penggemar masam masam manis, kenalah selera ini. Ayamnya dipotong dadu, digoreng dan disalut dengan sos tomato dan chilli. Resepinya agak mudah dan ringkas. Kuahnya haruslah pekar sedikit supaya ia melekat dengan ayam yang raggup.

Resepinya boleh didapati disini.


9) Ayam Masak Kurma ala Kenduri



Masakan yang ini pula sesuai untuk hidangan kenduri. Hidangan Ayam Kurma sesuai dengan nasi putih ataupun nasi minyak. Kepada yang suka hidangan berkuah, bolehlah cuba resepi ini.

Resepi boleh didapatkan disini. Che Nom.


10) Ayam Rendag Hijau


Mari kita cuba Rendang Ayam Hijau pula. Rasanya kaya dengan rempah, yang bedasarkan rempah serupa menggunakan kerisik, dan sedap sekali. Hidangan ini sesuai untuk makan tengah hari dengan lauk-pauk yang lain. Kepada yang belum mencuba masakan ini, memang wajiblah anda memasaknya. Siapa tau kalau masakan untuk Ibu mertua ia akan membuatnya bertambah sayang lagi kepada anda?

Resepinya boleh didapatkan disini.


Resepi Masakan Ayam Seterusnya:

→Like Me!

Post a Comment

5 Comments

  1. Anonymous21:55

    Wow thanks for the recipes. Bestnya boleh print ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama! Sudilah datang lagi ke blog kami ya!

      Delete
  2. Anonymous17:52

    wahhhh...banyaknya resepi ayam yum yum

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!