Masin
masakan terasa terlebih masin? campak sedikit kentang sehingga kentang itu masak. nanti rasa masinnya akan berkurangan. cubalah..
Tips Warna Sambal
untuk cantikkan sambal supaya ia kemerah-merahan, masaklah lada agak lama dan + gunakan gula merah
Sambal Belacan Sedap
Goreng chilli merah, chilli hijau, tomato terlebih dahulu. Lepastu ditumbuk atau dikisar bersamaan belacan yg juga sudah digoreng. Perahkan sedikit limau kasturi. Barulah power
Petua Empukkan Daging
Rebus lama sangat daging tu tak empuk jugak? Campurkan sedikit cuka makan kedalam periuk rebusan itu, Belum cuba belum tau
Rendang Tahan Lama
Nak masak rendang? Gunakan bawang kecil daripada bawang besar, kerana bawang besar boleh membuat makanan cepat basi
Hal Bawang Pulak..
So, nak kupas bawang merah untuk elak daripada menagis? Rendam bawang tu dulu dalam air garam sekurangnya 10 min lepas tu dah bolehlah awak membawang tanpa menitiskan air mata ok
Timun Krap Krup Krap
Potong timun ikut cara awak, nak buat ulam ke, nasi lemak ke.., mesti rendam dalam air kapur sirih dan bilas sesudahnya. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan. Wow, kalau buat jualan tu timunnya boleh tahan ni yer..
Mengekalkan Warna Hijau Sayuran
Ni tip dari chef ketika saya masak di restaurant Cina dahulu. Masukkan sedikit gula dan sedikit minyak (supaya syurnya kilat) kepada sayur ketika masak. Sayur seperti Broccoli, Bayam dan lain-lain
Taugeh Segar
Untuk kekalkan taugeh supaya ianya segar, rendam taugeh kedalam air sejuk, campurkan airnya sedikit garam dan simpan dalam peti ais
Pisau Blender Nak Tajam
Untuk tajamkan pisau blender, kisar garam biasa didalamnya sehingga beberapa minit. Amalkan setiap bulan. Pisau blender akan tajam dan tidak usah diganti
Sup Tercair?
Alamak, sup tercair sangat lah sebab terlebih air..No problem...Masukkan sedikit kentang rebus yang sudah dilecek. Sup pekat dan lagi sedap. Cubalah..
Nak kongsi tip? Tolong share petua anda dibawah 👇👇👇 komen section. Terima kasih. Semoga kita sama-sama bermanfaat.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!